Wednesday, December 12, 2012

Family Day FPQS Merapatkan Ukhuwah Pelajar


Assalamualaikum w.b.t

Pada 20 Oktober 2012, kami telah mengadakan Hari Keluarga bersama pelajar FPQS bertemakan Ukhuwah Terjalin, Diri Terpimpin. Dibawah adalah antara lampiran gambar pelajar-pelajar FPQS yang sempat ditangkap pada hari kejadian. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari itu adalah :
 

Permainan Outdoor ;

- Futsal
- Basikal Lambat & Motor Lambat
- Lari Atas Tempurung
- Tarik Tali & etc.

Permainan Indoor ;

- Model Suratkhabar.
- China Boom & etc.



Para peserta Basikal Lambat. 




Peserta Lari Atas Tempurung. 



Peserta Tarik Tali.




 

Video tarik tali (Dimenangi oleh Batch Tahun 3)

Terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh pelajar FPQS yang sudi menghadirkan diri dan memeriahkan lagi program pada hari kejadian. Kerjasama anda semua amat kami hargai. 

Seminar Pengukuhan Bahasa Arab


Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, pihak kami telah berjaya mengadakan seminar bagi pelajar-pelajar USIM terutama FPQS sendiri di DKS 2.2 yang bertajuk "Pengukuhan Bahasa Arab". Ianya telah dibentang oleh pensyarah FPQS, Dr. Najm. Banyak ilmu-ilmu yang telah dikongsi bersama dan dapat dijadikan sebagai panduan dalam melatih diri berbahasa Arab. 


Berikut adalah sedikit lampiran gambar ketika seminar berikut dijalankan : 




Dr Najm Abdul Rahman Khalaf, Pensyarah FPQS USIM.



Terima kasih kepada pelajar-pelajar yang sudi menghadiri satu majlis ilmu yang barakah ini serta memeriahkan lagi majlis tersebut. Semoga Allah membalas jasa kalian. :)


Semoga seminar seperti ini juga dapat  diteruskan lagi pada setiap semester atau setiap bulan bagi mengukuhkan Bahasa Arab dikalangan pelajar USIM. Insya-Allah.


Anjuran : Exco Pembangunan Bahasa, Sekretariat Perhubungan Pelajar FPQS (SPP FPQS)


Monday, October 15, 2012

HARI FAMILY DAY FPQS 2012


Assalamualaikum w.b.t 

Jom datang beramai-ramai memeriahkan hari FAMILY DAY FPQS pada hari Sabtu 20/10/2012. Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang kami sediakan.



ANJURAN : SEKRETARIAT PERHUBUNGAN PELAJAR
(SPP FPQS USIM)

Saturday, October 13, 2012

Sumbangan Derma Khairat Kematian.


Assalamualaikum w.b.t
Sumbangan derma khairat kematian kepada ahli keluarga pelajar FPQS USIM daripada  hasil kutipan pelajar-pelajar FPQS dengan kerjasama pihak Sekretariat Perhubungan Pelajar (SPP FPQS USIM).


Para MT dan Exco SPP bergambar bersama para penerima sumbangan derma, pihak kami berterima kasih kepada para penderma semua.



Pengerusi SPP, saudara Mohammad Izwan Bin Mohd Zain memberi derma kepada saudara Al-Hafezuddin Bin Mat Ali pelajar program Quran dan Sunnah (QS), Tahun 4.



Sumbangan kepada saudara Mohamad Radzi Bin Abd. Kadir pelajar program Quran dan Sunnah (QS),  Tahun 3



Wakil kepada saudara Muhamad Fatihi Bin Ilias pelajar program Sunnah & Pengurusan Maklumat (SPM), Tahun 2


Sumbangan ikhlas ini daripada para pelajar FPQS dengan kerjasama pihak SPP, Dikesempatan ini kami daripada pihak SPP ingin mengucapkan terima kasih kepada semua, Semoga ALLAH membalas kebaikan kamu semua.